|
QS. Al-'Ankabuut : 64 : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui."
|
|
|
http://karitasurya.multiply.com |
|
|
ratu_karitasurya |





Selasa, 4 Januari 2011 pukul 21:14 WIB
Penulis : Ratu Karitasurya
Dalam sebuah hadits, diriwayatkan tentang seorang penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid. Ketika itu Rasulullah SAW sedang mengimamkan shalat. Setelah menunaikan shalat, mereka berbincang-bincang dan penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah SAW berkata, "Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram, maka akan memperolehinya ketika sudah halal."
Setelah Rasulullah SAW dan para sahabat meninggalkan masjid, pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih ragu untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi tadi amat terkesan di hatinya.
Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang selera.
Ketika dia sedang mulai menyuapkan makanannya, tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah SAW siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan. Tatkala beranjak ke bilik lain, dia menjumpai perhiasan dan uang yang banyak. Dan ketika dia hendak mengambilnya, sekali lagi dia teringat kata-kata Rasulullah SAW. Lalu dia membatalkan niat jahatnya.
Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar. Didapatinya janda mu'minah itu sedang terbaring tidur dengan lelapnya. Apabila terlihat wajah janda yang cantik dan rupawan itu, dia tergoda dan bermaksud untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia teringat kembali kata-kata Rasulullah SAW tadi. Barangsiapa yang
meninggalkan sesuatu yang haram, ia akan memperolehi barang tersebut ketika ia sudah halal.
Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu dengan hati yang lega karena mampu mengalahkan nafsunya.
Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan solat subuh dimasjid. Kali ini dia bertekad, dia akan bertaubat di hadapan Rasulullah S.A.W. Setelah solat, beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid, merenung kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi. Dan menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu dilakukan.
Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke masjid dan menceritakan kepada Rasulullah S.A.W kejadian semalam di rumahnya.
Walaupun tiada barang yang hilang namun beliau khuatir kalau-kalau
pencuri itu datang menyelidik semalam dan akan datang lagi malam nanti.
Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah S.A.W agar sudilah mencarikan seorang yang sanggup menjaga rumahnya. "Kenapa kau hidup sendirian?" tanya Rasulullah S.A.W padanya. Wanita itu menjawab bahawa suaminya telah meninggal dunia.
Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut masjid. Rasulullah S.A.W bertanya pada lelaki tersebut (penjahat tadi), adakah beliau sudah beristeri? Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu telah kematian isterinya, maka baginda menawarkannya seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi Rasulullah S.A.W yang arif kemudian mengikat kedua insan itu menjadi suami steri yang sah. Dan.. pecahlah tangis lelaki itu, lalu diceritakannya kepada Rasulullah S.A.W peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.
Wanita itu keluar dari masjid diiringi lelaki yang kini telah menjadi suaminya.
Mereka berjalan beriringan menuju rumah yang malam tadi hampir dicerobohinya.
Disana makanan-makanan yang enak masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bedanya sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka tanpa ragu-ragu
makanan itu disantapnya. Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini sudah menjadi miliknya yang halal.
Bahkan dia boleh menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun.
Sementara wanita cantik yang hampir dinodainya semalam, kini benar- benar sudah menjadi isterinya. berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.
Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, "Benarlah sabda Rasulullah S.A.W, barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal."
Demikian indah Islam mengajar arti cinta. Cinta yang tidak diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta yang menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila kita meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih dalam lagi.
Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita. Masihkah ada cinta di sana?
Sudahkah kita mengemas cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani dan memberi label halal di atasnya? Dan sudahkah kita menyingkirkan cinta syhwat yang akan menjerumuskan kita dalam petaka yang berpanjangan? Tidak timur, tidak jua barat~
Dari Berbagai Sumber
http://karitasurya.multiply.com
Dipersilahkan untuk menyebarkan tulisan ini dalam bentuk apa pun, asalkan tetap menjaga kode etik dengan mencantumkan Ratu Karitasurya sebagai penulisnya dan KotaSantri.com sebagai sumbernya.